Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Sunday 27 May 2012

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012





Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan

Dengan hormatnya dimaklumkan,Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada:-

26 Mei 2012(Sabtu) hingga 10 Jun 2012(Ahad)
Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 11 Jun 2012 (Isnin)

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan:-
(1)   Anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti
(2)     Mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
(3)    Dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian terima kasih

Sunday 20 May 2012

Sekalung Budi

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah,Majlis Guru-Guru
 serta murid -murid Sekolah Agama Kg. Melayu Pandan Johor Bahru 
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada:-
  1. Pejabat Pendidikan Agama Negeri Johor
  2. Pejabat Pendidikan Agama Daerah Negeri Johor
  3. YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin(Ahli Parlimen Pasir Gudang)
  4. Majlis Bandaraya Johor Bahru
  5. Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kg.Melayu Pandan Johor Bahru
  6. Ibubapa murid-murid
  7. Penderma-penderma Budiman
  8. Pengawas-pengawas SAKMP
  9. Orang perseorangan yang terlibat
.....kami memohon kehadrat Allah Taala,mudah-mudahan sumbangan
 tuan/puan mendapat ganjaran dari Allah jua...Amin...


 Ibubapa yang hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah
________________________________________






Ketibaan Wakil YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin 
iaitu Tn.Hj Abu Bakar Bin Mustafa Kamal
____________________________________________





Tn.Hj Abu Bakar Bin Mustafa Kamal merasmikan laman sesawang SAKMPJB
_____________________________________________




______________________________________________

Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru


Majlis Guru SAKMPJB 
Mengucapkan Selamat Hari Guru
Buat Warga Guru Semua

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Friday 11 May 2012

NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SAKMP KALI KE-17 DAN ANUGERAH CEMERLANG



Kepada
Yang Berbahagia
Ibubapa / Penjaga Murid

Tuan/puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SAKMP KALI KE-17 DAN ANUGERAH CEMERLANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                                Tarikh                     : 19 Mei 2012 (Sabtu)
                                                Masa                       : 8.30 pagi
                                                Tempat                   : Dewan Al-Falah SAKMP

3.             Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sekiranya tuan/puan mempunyai usul hendaklah dihantar sebelum atau pada hari Khamis 17 Mei 2012

4.             Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Terima kasih.

**Borang Usul**( klik sini )

Thursday 10 May 2012

Peperiksaan Setengan Tahun 2012

Majlis Guru SAKMP mengucapkan Selamat menduduki
Peperiksaan Setengah Tahun 2012
bagi murid darjah 1,2 dan 3.Didoakan semoga diberi ketenangan dan kemudahan menjawab serta beroleh kejayaan yang cemerlang.Insa'Allah
07-11hb Mei 2012

Tuesday 8 May 2012

Majlis Perujian Membaca Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru

Tarikh : 03 Mei 2012
Tempat : Sekolah Agama Taman Daya

Gambar yang diambil dilokasi Pertandingan Azan dan Syarahan Bahasa Melayu 

Pertandingan azan





________________________________________________

 Barisan Pengadil
___________________________________________

Juruacara Majlis Ust.Abd Halim

_____________________________________________

Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu





___________________________________________

Penyampaian Cenderahati




Wednesday 2 May 2012

Cuti Sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru



 Kepada
 Ibubapa/Penjaga Murid
 Sekolah Agama Kg.Melayu Pandan

 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa :-

 Murid-murid akan dicutikan satu hari pada Hari Khamis 03 Mei 2012 Sempena Majlis tersebut dan   akan bersekolah seperti biasa pada hari Jumaat .

 Kerjasama dan keperhatinan Ibubapa/Penjaga didahului dengan ucapan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah