Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin


Kami, warga Sekolah Agama Kg.Melayu Pandan  mengucapkan Salam Aidilfitri, sejuta kemaafan kami pohon kepada semua yang pernah bekerjasama dengam warga SAKMPJB secara langsung mahupun tidak langsung. Maaf Zahir dan Batin.

TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM. Bermaksud “Moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua”.

Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman. Bagi pelajar- pelajar yang bakal menduduki Ujian Setara Bulan Ogos(klik sini ), gunakan masa anda dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.

* Mari belajar membuat ketupat Manggis *(klik sini)

Wednesday 15 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Hari Raya Peringkat Sekolah 2012

Pada : 14hb Ogos 2012
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Al Falah

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Guru Besar,Guru-guru ,Ajk Badan Kebajikan,Ibubapa & Penjaga , Masjid Jamek Kampung Melayu Pandan,Para peserta Khatam Al-Quran,Murid-murid dan Individu-individu peseorangan yang membantu majlis ini dapat berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir.Semoga kerjasama kalian semua diberkati dan dirahmati oleh Allah


(1 )Daripada Uthman bin Affan r.a ,Nabi s.a.w bersabda :" Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya" ( Riwayat al-Bukhari )

(2 )Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a,Nabi s.a.w bersabda :" Bacalah al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya"(Riwayat Muslim )

(3 )Daripada Jabir bin Abdullah r.a,Nabi s.a.w bersabda : " Setiap kebaikan adalah sedekah "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


online gif creator 

how do you make gifs

build animated gif
Sumbangan Hari Raya 
online gif creator

Saturday 11 August 2012

Jadual Ujian Setara Bulan Ogos 2012


Kepada semua ibu-bapa, penjaga dan murid-murid.
 Ujian setara bagi bulan Ogos 2012 untuk semua darjah adalah seperti yang tertera dalam jadual di bawah. Sila ambil perhatian kepada tarikh, waktu serta mata pelajaran. Pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi ujian dan diharap mendapat kejayaan.


Tarikh
Hari
Perkara
Masa
Kenyataan

27 Ogos 2012
Isnin
Tulisan
Tafsir
40 Minit
1 Jam
Darjah 1-3
Darjah 4-5

28 Ogos 2012
Selasa
Tauhid
Tauhid
40 Minit
1 Jam
Darjah 1-3
Darjah 4-5

29 Ogos 2012
Rabu
Bahasa Arab
Bahasa Arab
40 Minit
1 Jam
Darjah 1-3
Darjah 4-5

30 Ogos 2012
Khamis
Ibadat
Ibadat
40 Minit
1 Jam
Darjah 1-3
Darjah 4-5

Perhatian:
* Darjah 1,2 dan 3 sila bawa pensil warna *

Thursday 2 August 2012

Ujian Lisan & Hafazan Peperiksaan SDEA & SDKA 2012

Dimaklumkan bahawa Ujian Lisan dan Bacaan Al-Quran bagi peperiksaan bersijil iaitu Sijil Darjah Enam Agama dan Sijil Darjah Khas Agama Johor akan diadakan sebagaimana berikut:-


Bil
Peperiksaan
Tarikh
1
Sijil Darjah Enam Agama (SDEA )
06 hingga 09 Ogos 2012
2
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA )
08 dan 15 September 2012

Sehubungan dengan itu,pihak sekolah mengharapkan kerjasama ibubapa/penjaga dapat memantau pelajaran (bacaan dan hafazan )anak tuan puan dari semasa hingga kesemasa.

Sekian terimakasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah