Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Wednesday 31 July 2013

CUTI SEKOLAH SEMPENA RAYA DAN PERTENGAHAN PENGGAL TAHUN 2013M/1434H

Kepada,
Ibu /bapa dan penjaga murid,
Sekolah Agama Kampung  Melayu Pandan

Tuan / Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa :-

Tarikh
Kenyataan Cuti

03.08.2013(Sabtu) -18.08.2013(Ahad)


CUTI SEKOLAH SEMPENA RAYA DAN PERTENGAHAN PENGGAL

Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 19 Ogos 2013 (Isnin)


3.         Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan:-
           (1)   Anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti
           (2)   Mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
           (3)   Dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.

Kami, warga Sekolah Agama Kg.Melayu Pandan  mengucapkan Salam Aidilfitri, sejuta kemaafan kami pohon kepada semua.

Sekian untuk makluman dan perhatian pihak tuan terima kasih.

Sunday 28 July 2013

Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Arwah Peringkat Sekolah 1434/2013

Tarikh : 26 Julai 2013(17 Ramadhan 1434H)
Hari : Jumaat

Ucapan alu-aluan dari Tuan Pengerusi Badan Kebajikan  dan Puan Guru Besar SAKMP
----------------------------------------
Kelihatan Ustaz Muhammad Shakir,Ustazah Hamizah dan Puan Guru Besar Ustazah Zulaiha
----------------------------------------------------
 Murid-murid yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran
---------------------------------------------------
Bacaan Yassin & Tahlil dipimpin oleh Ustaz Muhammad Shakir
------------------------------------


-----------------------------------------------------------






Monday 22 July 2013

Ujian Lisan Dan Bacaan Al-Quran SDEA & SDKA bagi Tahun 2013




Kepada,
Ibubapa /Penjaga
Murid-murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

Untuk makluman Ujian Lisan Dan Bacaan Al-Quran SDEA dan SDKA Bagi Tahun 2013 seperti kenyataan berikut:-






Bil
Jenis Peperiksaan

Tarikh
1
Sijil Darjah Enam (SDEA)
29-31 Julai & 1-2 Ogos 2013
2
Sijil Darjah Khas (SDKA)
07,dan 14 September 2013



Semoga di dalam makluman pihak tuan/puan jua.Kerjasama tuan/puan didahului dengan setinggi penghargaan dan terima kasih

Makluman :-PROGRAM YASIN TAHLIL UNTUK ARWAH



Kepada,
Ibubapa /Penjaga
Murid-murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan akan mengadakan program Yasin Tahlil untuk arwah sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh :- 26hb Julai 2013 / 17hb Ramadhan 1434
Hari : Jumaat
Masa : 2.45-6.00ptg
Tempat : Dewan Al-Falah SAKMP



Guru Baru



Majlis Guru Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan ingin mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Muhammad Shakir Bin Sarijan.Tahniah diucapkan,semoga kehadiran anda dapat melicinkan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
Ustaz Muhammad Shakir Bin Sarijan

Pihak pengurusan sekolah ingin mengucapkan kepada guru ini
SELAMAT BERTUGAS





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah