Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Saturday 28 July 2012

Untuk Ahli Alumni

Kami mengalu-alukan kepada bekas pelajar SAKMPJB supaya mendaftar untuk menjadi ahli alumni SAKMPJB.Kerjasama anda semua amat kami hargai dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.
Nama
Alamat sekarang/surat menyurat :
No.Tel:
Tarikh mula daftar masuk di SAKMP:
Bidang Pekerjaan :
Jawatan Dalam Kerjaya:
Alamat Email:
Alamat Laman Web/Blog/Facebook:
Nama Sekolah Menengah/IPTA/IPTS:
Cadangan Kepada Alumni:



Click here to create your own form.

Monday 23 July 2012

Makluman Balik Jam 6.00ptg dalam Bulan Ramadhan


Kepada semua ibu-bapa, penjaga dan murid-murid. Sempena bulan Ramadhan ini, waktu persekolahan telah dibuat sedikit perubahan seperti yang dinyatakan di bawah ini.


Waktu persekolahan bagi Sesi Pagi  adalah seperti biasa. 

Waktu persekolahan bagi Sesi Petang (darjah 4,5 dan 6 ) akan balik pada jam 6.00ptg sepanjang bulan Ramadhan.

Sehubungan dengan itu,ibubapa bertanggungjawab menyediakan pengangkutan anak-anak tuan/puan sewaktu pulang dari sekolah.

Sekian harap maklum,sebarang kesulitan dipohonkan ampun dan maaf.

Warga Sekolah Agama Kg. Melayu Pandan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Friday 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan


Program Yasin Tahlil Untuk Arwah

 Dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan akan mengadakan program Yasin Tahlil untuk Arwah sebagaimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 20hb Julai 2012 ( Jumaat)
              30 Sya'ban 1433H
Tempat : Dewan Al-Falah SAKMPJB

Sekian ,terima kasih

Monday 16 July 2012

Gambar menarik di Kem Jati Diri 2012 di Sendayan Hill

picasion.com

Sendayan Hill Camp


 

Video Sendayan Hill Camp ( klik sini )

Terima Kasih dan Sekalung Penghargaan Kepada :-
 
(1) Tn Hj. Mohd Akhir Bin Lawang
( Pemilik Sendayan Hill Camp )


(2) Tuan Syed Abd. Rahman
 ( Penasihat Program)


(3) En. Sirajudin Syimir
 ( Timbalan )



serta dibantu 15 ahli daripada Persatuan Belia Nakhoda Johor Bahru,
Biro Integrasi Rakan Muda
 &
Kecerian Belia

Tarikh : 14 & 15 Julai 2012
Hari : Sabtu & Ahad
dari kami Majlis Guru & AJK Badan Kebajikan SAKMPJB



 
 
  Kelihatan Murid-murid Darjah 6 & Khas berkumpul di Dewan Al-Falah sebelum pergi ke Sendayan Hill Camp.
_______________________________________________________


 
   
_________________________________________________

 
 
 

________________________________________





 ________________________________________
                         
picasion maker

picasion.com

Penyampaian Hadiah Kumpulan & Peserta Terbaik

Wednesday 11 July 2012

Makluman Kursus Jati Diri Tahun 2012

Kepada
Ibubapa/Penjaga murid
Darjah Khas & Darjah 6

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Agama kg.Melayu Pandan akan mengadakan kursus tersebut bagi tujuan ;-

1. Memantapkan pencapaian akademik
2. dan memantapkan sahsiah dan jati diri murid

Bertempat     : Sendayan Hills Camp Kota Tinggi
Hari              : Sabtu & Ahad  
Tarikh           :  14hb-15hb Julai 2012

Kerjasama dan keperhatinan tuan/puan amatlah dihargai.

Segala pertanyaan,boleh berhubung dengan urusetia program 012-7235814                    

Tuesday 10 July 2012

Pertandingan Nasyid Murid-Murid Sekolah Agama Daerah Johor Bahru Peringkat Zon 1

Alhamdulillah SAKMP telah menghantar Kumpulan Nasyid & Kompang bagi tujuan tersebut.Pertandingan diadakan di Sekolah Agama Taman Dahlia (Kategori Nasyid )dan Sekolah Agama Taman Cempaka(Kategori Kompang)
Pada :10 Julai 2012
Hari : Selasa
Majlis Guru mendoakan semoga mereka semua diberi ketenangan dan dipermudahkan semasa membuat persembahan dan mendapat kejayaan.



Keputusan Terkini:-
Kumpulan Nasyid mendapat tempat ke- 4
Kumpulan Kompang mendapat tempat ke - 2
Sekalung tahniah diucapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah