Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Saturday 24 November 2012

Majlis Perpisahan Pengawas 2012


Alhamdulillah bersyukur pada Allah,Majlis Perpisahan Pengawas 2012 telah dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan bantuan dari Para Guru,Pengawas,Ibubapa Murid.Majlis ini diadakan pada Hari Jumaat(23 November 2012).Jam 3.30ptg 
di Dewan Al- Falah SAKMP.
Segala jasa baktimu sepanjang tahun 2012 yang banyak membantu perjalanan aktiviti sekolah dan membantu guru-guru diucapakan ribuan terimakasih.Semoga Allah membalasnya dan  diberkati serta dirahmati oleh Allah.

 
Gambar Kenangan bersama dengan Puan Guru Besar dan Guru-Guru
---------------------------------------
   
 Ucapan Puan Guru Besar
-------------------------------------

Ucapan Wakil Pengawas
----------------------------------------
 
   
-------------------------------------------------------------
Penyampaian Sijil
 

 
 
 

Gambar Peperiksaan SDEA 2012



Wednesday 21 November 2012

Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)2012


\
Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)2012
Bermula pada 26 hingga 30  November 2012.
Didoakan semoga diberi ketenangan dan kemudahan menjawab serta beroleh kejayaan yang cemerlang.Insa'Allah


  

Sunday 11 November 2012

Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama 2012

Majlis Guru SAKMP mengucapkan Selamat menduduki
Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)2012
bagi murid darjah 6 sesi pagi dan petang.
Bermula pada 19 hingga 21 dan 23  November 2012.
Didoakan semoga diberi ketenangan dan kemudahan menjawab serta beroleh kejayaan yang cemerlang.Insa'Allah
  
  
    

Friday 9 November 2012

Selamat Bercuti

Cuti Akhir Tahun


Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan

Dengan hormatnya dimaklumkan,
Cuti Akhir Tahun akan bermula pada:-

10 November 2012(Sabtu) hingga 01 Jan 2013(Selasa)
Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 02 Jan 2013 (Rabu)

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan:-
(1)   Anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti
(2)     Mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
(3)    Dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.
 
Sekian Terimakasih

Saturday 3 November 2012

Kursus Penyembelihan Murid-Murid Darjah Enam Tahun 2012

Alhamdulillah bersyukur pada Allah ,Kursus Penyembelihan Murid-Murid Darjah Enam telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada :-
Hari : Sabtu
Tarikh : 03 Nov 2012
Masa :8.30 pg-1.00ptg
Tempat : Dewan Al-Falah
Penceramah Undangan : Ustaz Mohd.Firdaus Bin Rashid

Majlis Guru SAKMP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar,Guru-Guru sesi pagi & petang,Ibubapa/penjaga murid,Murid Darjah Enam dan Darjah Khas.

Ustaz Mohd.Firdaus Bin Rashid
----------------------------------------------------------

Penyampaian Cenderahati
Disampaikan Oleh Puan Guru Besar Ustazah Zulaiha Binti Mohd Salleh

-----------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------
 Kelihatan Puan Guru Besar dibantu oleh Guru-guru
-----------------------------------------------------------------------
Acara Penyembelihan bermula.Tuan Penceramah memberi sedikit
 penerangan cara-cara penyembelihan.
Kelihatan Ustaz Abd Halim membantu penceramah.

Begitu ceria Ustazah Hadawati dan Ustazah Siti Hajar  dan dibantu 
Ustazah Hamizah memasak sayur.
------------------------------------------------------------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah