Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Tuesday 30 April 2013

SELAMAT HARI PEKERJA


Majlis Guru SAKMP 
mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja
01 Mei 2013


Wednesday 24 April 2013

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Zon 1 2013




Majlis Perujian Tilawah Al-Quran
Sekolah Agama Daerah Johor Bahru
Peringkat Zon 1
Tarikh : 23 April 2013(Selasa)
Bertempat : Sekolah Agama Kempas Baru

Majlis Guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta dan guru-guru yang dapat hadir bersama  dalam majlis tersebut.Tidak lupa juga sekalung tahniah dan penghargaan
 kepada perserta yang berjaya bahagian:-
(1) Seni Khat :Adik Nurul Alis Qamarina Binti Asri
(Tempat Ketiga)
(2) Bercerita : Adik Qasrina Maisarah Binti Mohd Nazrin
(Tempat Kedua)
dan bagi yang tidak berjaya
 berusahalah pada masa akan datang.
 ------------------------------------------------------------------
Guru-guru Sekolah Agama Kg.Melayun Pandan ditugaskan
 menguruskan perjalanan perujian Hafazan Tahap 2  di Masjid Al-Faizun Tmn Kempas.
Terima kasih kepada pihak Masjid Masjid Al-Faizun Tmn Kempas 
yang telah memberi kerjasama dari awal hingga akhir majlis.

Imam 1 (Tn Hj Mohd Salleh Bin Ahmad) dan terimakasih juga pada Tn Hj Abu Bakar

-------------------------------------------------------------------
 Barisan Pengadil
---------------------------------------------------------------------

Juruacara Ustazah Hamizah
----------------------------------------------------------

Adik Wan Noorazielah Binti Wan Hamidi
-----------------------------------------------
---------------------------------------------------------

Sunday 21 April 2013

Cuti Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 Tahun 2013



Berhubung dengan perkara di atas,adalah dimaklumkan bahawa Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 23 April 2013
Hari : Selasa
Tempat : Sekolah Agama Kempas Baru

Oleh yang demikian ,semua pelajar akan dicutikan pada hari tersebut. 
Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 24 April 2013 (Rabu.)
 Diharapkan ibubapa/penjaga dapat memastikan anak-anak mengulangkaji
 pelajaran di rumah

Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih

Thursday 4 April 2013

Banjir Kilat 2013

Hujan lebat yang berterusan tanpa henti pada petang Hari Rabu 03 April 2013 telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kampung Melayu Pandan dan di Sekolah Agama Kg. Melayu Pandan.

Gambar banjir kawasan sekolah:-


--------------------------------------------------------------------------------------------

Tiga kelas digunakan bagi penempatan mangsa banjir iaitu Bilik 5,6 dan 7 :-

 Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih diatas kerjasama membantu membersihkan kawasan kelas dan sekolah kepada individu-individu dan masyarakat kampung memandangkan minggu ini adalah berlangsungnya Ujian Setara Mac 2013  bagi Sekolah Agama Daerah Johor Bahru

-------------------------------------------------------------------------
Gambar di dataran SAKMP selepas banjir


 -----------------------------------------------------------------

Ribuan terima kasih kepada yang Berbahagia Tuan Hj. Mohd Fauzi Bin  Arshad
(Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru) , Ustaz Mansur dan Ustaz Mohd Fadli yang telah  sama hadir turut  melihat dan memantau kawasan banjir di sekolah .

----------------------------------------------------------------------

Beberapa  gambar permandangan banjir di kawasan Kampung Melayu Pandan :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah