Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Tuesday 28 January 2014

CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2014

Kepada :-
Ibubapa/Penjaga Murid-murid
Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan

Adalah dimaklumkan bahawa Cuti Sempena Tahun Baru Cina bermula dari 30 Januari hingga 04 Februari 2014 seperti kenyataan berikut:-

BIL
TARIKH CUTI
JENIS CUTI
TARIKH GANTI
1
KHAMIS ( 30.01.2014)
PERISTIWA
-
2
AHAD ( 02.02.2014)
CUTI UMUM
-
3
ISNIN (03.02.2014)
GANTI
SABTU
 15.02.2014
4
SELASA ( 04.02.2014)
GANTI
SABTU 
08.03.2014

Pelajar akan bersekolah semula pada hari Rabu ( 05 Februari 2014)

Semoga dalam makluman dan perhatian pihak tuan/puan.

Sekian terima kasih.

Saturday 25 January 2014

GAMBAR MURID DARJAH KHAS 2014

Para Pelajar khusyuk mendengar pengajaran guru
.............................................
Ustazah Jalilah
................................................



Tuesday 14 January 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435H/2014M

Warga Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan mengucapkan 
Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
" WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "

............................................................

Lirik Nasyid 
Junjungan Mulia-Al Mizan


( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah


( 2 )
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul’awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah


Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )

Saturday 11 January 2014

Suasana Majlis penutupan Mus(Minggu Ukhuwah Sekolah ),Motivasi Darjah 6 & Pendaftaran Darjah Khas 2014


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah,majlis pada pagi tadi dapat berjalan dengan lancar 
dengan kerjasama Guru-guru,Ibubapa/Penjaga dan Murid-murid.
Tarikh :11 Januari 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Al-Falah SAKMPJB
.........................................

Wakil dari Ibubapa membaca Lafaz Iqrar Penyerahan Murid kepada sekolah
......................................................................................


Friday 10 January 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH ENAM AGAMA ( SDEA ) 2013



Makluman kepada calon-calon Sijil Darjah Enam Agama tahun 2013,
Keputusan peperiksaan SDEA 2013 boleh diambil pada:-
 Hari :Jumaat
Tarikh : 10 Januari 2014
Masa : bermula jam 9.00pg -12.00tgh

Majlis Guru mengucapkan tahniah bagi pelajar yang berjaya 
dan bagi pelajar yang tidak berjaya,tingkatkan usaha lagi.


Sekian terimakasih dan harap maklum.........

**bagi calon yang tidak berkesempatan untuk mengambil keputusan SDEA pada pagi tadi,mereka boleh mengambilnya pada esok hari (Sabtu ) 11/01/2014.

Bagi yang lulus dan berjaya naik ke darjah Khas 2014,Pendaftaran Darjah Khas dibuka pada esok hari(Sabtu 11 Januari 2014).**
Masa :8.00pg-11.00pg

.....................................................................................
 Pelajar Terbaik SDEA 2013
Adik Nurul Asyiqin Binti Mohd Zaidi
Memperolehi GPS=1.22

Tahniah diucapkan.
Beliau juga aktif dalam bidang Ko-Korikulum mewakili
 sekolah dalam Bahagian Hafazan Al-Quran 2012 dan mendapat 
tempat  ketiga dalam perujian tersebut.
Jawatan terakhir dalam sekolah sebagai Penolong Kelas
.........................................
Guru Kelas Ustazah Jalilah bergambar bersama Ibu Nurul Asyiqin
 ( Puan Malina Binti Md.Kalil)
...............................................................

 Tempat Kedua Terbaik
Adik Che Nur Amalina Binti Che Hashim
Memperolehi GPS=1.44

..............................................................

Lain-lain gambar

 Antara dikalangan pelajar yang mempunyai kehadiran penuh
( Adik Wan Amirul Hakimi Bin Wan Mohd Sayuti )
 ...........................................................




Wednesday 8 January 2014

PROGRAM SUAI KENAL IBUBAPA & PENUTUPAN PROGRAM MAJLIS UKHUWAH SEKOLAH ( MUS ) 2014

picasion gif animator
Makluman pada Ibubapa/Penjaga Murid 
Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan

Pihak sekolah akan mengadakan satu program suai kenal Ibubapa dan penutupan Program Minggu Ukhuwah Sekolah ( MUS ) Darjah Satu pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 11 Januari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00-10.00pg

Pihak sekolah menjemput Ibubapa untuk sama-sama meraikan dan dapat menghadirkan diri dalam program ini bagi menjalinkan ukhuwah silaturrahim antara ibubapa dengan warga sekolah.
Segala kerjasama diucapkan ribuan terima kasih


***** Pada Hari yang sama turut berlangsungnya Program Suai Kenal Ibubapa Darjah 6 dan Pendaftaran Darjah Khas 2014*****
Berhubung perkara di atas ,pihak sekolah turut mengadakan satu program suai kenal ibubapa darjah 6 dan pendaftaran Darjah Khas 2014 pada : Hari : Sabtu, Tarikh : 11 Januari 2014, Masa :8.00pg-11.00pg, Tempat :Dewan Al-Falah SAKMPJB.

Monday 6 January 2014

Minggu Ukhuwah Sekolah(MUS) tahun 2014

picasion gif animator


Bermula pada 1,2 dan 5 Januari 2014
Murid Darjah 1

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat yang menjayakan program Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS) dari mula program hingga akhir program.
Dan terima kasih juga pada ibubapa murid.


picasion gif animator

...................................................................


 .......................................................






Thursday 2 January 2014

Gambar Murid Konvokesyen Darjah Khas 2012


Makluman bagi Murid-murid Darjah Khas 2012 yang masih belum
 mengambil gambar  Konvokesyen.
Sila berjumpa dengan Ustazah Hamizah.

Sekian terimakasih........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah