Tab Menu 5

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog ini.
Get Your Own Scroller
picasion gif animator

Info

Terkini

Kelas Pintar Jawi & Iqra'

• Kepada Ibu/Bapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan.

•Pihak Sekolah mengalu-alukan pelajar yang berminat untuk menghadiri Kelas Pintar Jawi & Iqra' yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut .

•Hari:Sabtu ,Masa:- 8.30pg-10.30pg

•.Segala Pertanyaan lanjut sila hubungi 07-3537292 atau hadir ke sekolah untuk pendaftaran pada 07hb April 2012

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan

Notis Pemberitahuan Cuti

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 16 Mei 2013(Khamis)jam 2.00petang(Semua pelajar dikehendaki hadir).Tema Hari Guru 2013 " GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI , 1AGENDA "

Fakta

Rahsia pemakanan

(1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

(2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

(3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

(4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Peperiksaan

Usaha Tangga Kejayaan

Makluman Ibubapa/Penjaga.Ujian Setara Bulan Mac Sekolah-Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan pada: 20hb - 23hb Mac 2012 .

Keputusan SDKA(Darjah Khas)tahun 2011 boleh diambil di Pejabat Sekolah Aga.Kg.Melayu Pandan bermula jam 10.00pg pada tarikh 28hb Mac 2012.Tahniah bagi pelajar yang berjaya dan bagi pelajar yang tidak berjaya,berusahalah lagi.

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2012(klik sini).

Taklimat Peperiksaan Dan Teknik Menjawab Soalan SDEA & SDKA akan diadakan pada: 30hb Jun 2012(Sabtu),Masa 7.30pg-1.00tengahari,Tempat :Dewan Al-Falah.Segala pertanyaan,sila berhubung dengan GPK 1

Jadual Peperiksaan Setengah Tahun 2013(klik sini) .

Lain-lain Makluman

Dimaklumkan:-

Taklimat Kebakaran telah diadakan di SAKMPJB pada 26hb Mac 2012(Isnin)jam 12.00tgh hari oleh En. Mandy.Semua guru sesi pagi& petang terlibat sama.Majlis Guru mengucapkan ribuan terimakasih

Senyum itu sedekah.

Wednesday, 30 October 2013

Gambar:- Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 2 tahun 2013

Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 2 bermula pada 28 Okt- 01 Nov 2013.
Majlis Guru mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan.
Didoakan semoga menjawab dengan tenang dan dipermudahkan serta beroleh kejayaan yang cemerlang.
____________________________________


PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2013


..................................................................................................
 MASJID DATO HJ. ABD. RAHIM YUNUS
............................................................................................
Anjuran bersama:
Masjid Dato' Hj.Abd Rahim Yunus Kg.Melayu Pandan .Johor
Pejabat Kesihatan Johor
Sekolah Agama Kg.Melayu Pandan

Pada :24 November 2013(Ahad)
Bersamaan :20 Muharam 1435H
......................................................
Yuran setiap peserta :RM70.00(Kos berkhatan dan doa selamat )

Tarikh tutup penyertaan = 15 November 2013
.............................................
Bagi Ibubapa/Penjaga yang berminat untuk anak jagaan mereka mengikuti Program Berkhatan....
 Sila hubungi di talian berikut :
(1) 019-7566574
(2) 012-7408996
(AJK  MASJID DATO HJ. ABD. RAHIM YUNUS )

Monday, 21 October 2013

Gambar Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 1 & Peperiksaan Percubaan Darjah Enam Tahun 2013

Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 1 bermula pada 21-25 Okt 2013 manakala Peperiksaan Percubaan Darjah Enam pada 21-24 Okt 2013.
Majlis Guru mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan.
Didoakan semoga menjawab dengan tenang dan dipermudahkan serta beroleh kejayaan yang cemerlang.
....................................................................
.....................................................................
Gambar Murid Darjah Enam

Saturday, 19 October 2013

Gambar Peperiksaan Percubaan Darjah Khas 2013

Peperiksaan Percubaan Darjah Khas bermula 19 & 26 Oktober  2013.
Pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan dan diharap 
mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.Buat yang terbaik......

Lain-lain gambar...
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 9 October 2013

PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN





1
Buat persediaan awal sebelum peperiksaan


2
Dapatkan rehat (tidur) secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan


3
Datang awal ke pusat peperiksaan


4
Pastikan keperluan peperiksaan dibawa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan:-

*      Slip peperiksaan(SDEA & SDKA)
*      Dokumen diri
*      Alat tulis yang lengkap dan sempurna
*      Persediaan mental dan fizikal
5
Semasa berada di dalam dewan peperiksaan:-
*      Duduk dengan tenang dan selesa
*      Baca doa bagi memperoleh ketenangan dan ilham
*      Dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
*      Pastikan anda menerima kertas soalan yang betul
*      Baca semua arahan pada kertas soalan sebelum menjawab
*      Buat perancangan sebelum menjawab soalan huraian


6
Sebelum meninggalkan dewan peperiksaan:-
*      Teliti butir-butir diri ditulis dengan betul
*      Jangan tinggalkan sebarang dokumen diri ataupun alat tulis di dewan peperiksaan
*      Dicadangkan supaya tidak membincangkan soalan ataupun jawapan yang sudah selesai kerana tindakan itu dapat mengurangkan keyakinan diri bagi menghadapi kertas-kertas lain yang akan datang.
 

SAKMP........ BERUBAH WAJAH

                                    Sekarang                                                     Dahulu

........................................................

Panorama Sekolah Agama Kg.Melayu Pandan
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalender Hijrah